Live . Love . Learn








profile stuff entry twitter facebook home follow older newer
Nalita Butik
Friday, 11 January 2013

Ehh kau orang, meh sini kejap, anim nak cerita ni, malam kelmarin kawan (Bella) anim text anim, dia cakap "Anim, mak aku suruh kau jadi model untuk tudung-tudung kedai kita orang." So tanpa fikir panjang anim pun setuju *nampak tak yang aku ni gelojoh* Hahaha. Lagipun keesokan hari anim memang tak ada pape aktiviti, job pun tak ada. So daripada goyang kaki dekat rumah lebih baik anim tolong dia. Lagipun dia kawan anim takkan anim tak nak tolongkan? Ok aku dh tahu dh aku memang baik. Hahaha.

Keesokan harinya, pukul 6pm macam tu la baru start photoshoot so habis dalam pukul 8.30pm. Walaupun agak penat sikit tapi anim enjoy dengan photoshoot tu, sampai banyak kali nak pergi toilet. Hahaha. Excited punya pasal :p Before start shoot tu memang anim tak make-up pape then Bella boleh pula cakap takyah make-up pun tak apa. Aku punya la terkezut! Hahaha. Aku geram aku siap cakap dengan dia lagi "Ehh kau tak nampak ke eyebag aku ni dh macam apa?" Then dia dengan Kak Shue (make-up artis) pergi bantai gelakkan aku. Hesh! Ok tak apa, dia orang memang macam tu, gedik!

Tapi gedik-gedik dia orang ni pun, dia orang tetap yang terbaik and dengar cakap. Bila anim suruh Kak Shue make-up, dia terus buat. Tapi dia sempat lagi main-main dia cakap dia tak bawa make-up la apa benda bagai. Hesh! Geram juga time tu. Hahaha. Time dia make-up kan anim, dia main tonyoh je voundation dekat muka anim. Aku memang suka! *annoying kejap* Hahaha.

Lepas make-up je terus capai tudung apa yang ada dekat kedai Bella (Nalita Butik) tu then terus shoot. Aku ni pula gedik, kejap pose tu kejap pose ni. Padahal nak shoot close-up je. Hahaha. Then tetiba Kak Shue capai tudung lain then dia pakai. Last-last dia pun jadi model tudung juga. Hahaha. Dan ni la hasilnya. Taaaaaarrrrraaaaa!!!
Ya Allah, buruknya la! Hahaha. Bila anim tengok balik gambar ni, anim mesti cakap "Ni bukan aku ni!" Hahaha. Gambar ni je yang anim ada yang lain semua ada dekat Bella. Sorry, gambar Kak Shue tak ada :) Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Bella di facebook dan facebook II