Live . Love . Learn








profile stuff entry twitter facebook home follow older newer
Dilema Lelaki Bersaiz XS
Saturday, 11 May 2013

Bagi lelaki kurus di luar sana, kamu tidak perlu runsing untuk kelihatan kacak bergaya seperti lelaki berbadan tegap. Di bawah ini adalah rahsia untuk kamu menjadi sehebat jejaka idaman gadis sunti.

RAMBUT - Elak memotong rambut terlalu pendek mahupun botaak kerana penampilan sedemikian akan menambahkan  refleksi kamu yang bertubuh kurus. Sebaiknya, biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk wajah yang kecil.
WARNA - Pemilihan warna lembut atau warna tanah adalah bertepatan untuk menceriakan gaya penampilan kamu.
SELUAR - Seluar berpotongan lurus amat sesuai untuk kamu. Selain itu, perincian poket juga mampu memberikan impak, di samping pemakaian seluar boxer akan membantu mengubah saiz seluar walaupun sedikit.
AKSESORI - Jangan ragu memilih aksesori pelengkap gaya. Tidak salah kamu menggayakan beg sandang, topi mahupun berkaca mata hitam. Seeloknya manfaatkan aksesori untuk mengimbangi tubuh anda.
KASUT - Anda perlu bijak bermain dengan warna dan tidak statik memilih kasut berwarna hitam. Lambakan kasut jejaka di pasaran termasuk warna-warna hangat mampu mengimbangi penampilan anda.
JAKET - Langkah terbaik sekiranya kamu memilih jaket dan vest untuk menutupi tubuh yang kurus. Selain menyerlahkan penampilan, ia secara tidak langsung menampakkan tubuh yang lebih besar.
PAKAIAN - Anda disarankan memilih fabrik yang tebal. Bagi corak pula, sebaiknya elakkan memilih corak yang tidak sarat dan menegak. Elakkan memakai baju berpotongan leher V. Sebagai alternatif, pilihlah baju berpotongan leher turtle neck atau crew neck.
MUKA - Biarkan wajah sentiasa bersih dan dicukur rapi untuk memastikan penampilan lebih seimbang.