Live . Love . Learn








profile stuff entry twitter facebook home follow older newer
7 Tanda Si Dia Bahagia Bersama Anda
Tuesday, 7 May 2013

Hi semua, entry kali ni anim nak share pasal nilai perwatakan suami terhadap anda (isteri)? Adakah selama perkahwinan itu dia benar-benar bahagia? Walaupun sekarang ni anim belum berkahwin, tapi mungkin ia akan berguna di masa hadapan :)


Tanda-tanda suami menghargai dan ingin bersama anda sehingga ke akhir hayat:

1. Dia sentiasa merasakan anda sentiasa memberi perhatian kepadanya dan tidak mensia-siakan dirinya. Perasaan ini akan ditunjukkan menerusi rasa penghargaannya kepada anda biarpun anda melakukan perkara-perkara kecil untuknya.

2. Dia mempercayai anda dengan menjadi dirinya yang sebenar tanpa rasa risau anda akan mengkritik atau menghakimi dirinya. Maksudnya dia tidak akan hipokrit dengan terpaksa menjadi 'orang' lain untuk memuaskan hati anda.

3. Dia melihat anda sangat memerlukan dirinya dan menzahirkannya menerusi daya seksual yang anda tidak menolaknya apabila dia memerlukan anda.

4. Dia senang dengan cara anda memuji dirinya, memeluk dan mengucapkan sayang kepadanya dengan sentiasa memandang ke dalam mata anda apabila anda berdua berbicara.

5.Dia berasa dihormati dan dikagumi oleh anda apabila anda sentiasa ada di waktu dia ingin menyatakan sesuatu mengenai dirinya, masalahnya dalam apa jua keadaan.

6. Biarpun dia anda memarahinya, dia sedikitpun tidak merasa hina atau diperkecilkan malah berfikiran positif dengan setiap kata-kata anda.

7. Dia terlalu menghargai anda anda sehingga dia mempersilakan anda kepada keluarganya dengan tangan terbuka.

Semoga info ni berguna untuk anda :)