Shisha Berbahaya
Tuesday, 7 May 2013
Tahukah anda BAHAYA SHISHA LEBIH TERUK 400 KALI DARI ROKOK?! Tak percaya? Jom baca ni :)

•Shisha adalah rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok, juga dikenali 'gelombang Hubble', amalan popular dari Asia Barat.
•Tembakau yang digunakan untuk merokok diasapkan terlebih dahulu sementeara tembakau yang digunakan untuk shisha diperamkan.
•Air di dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap selain turut mengandungi nikotin, karbo monoksida dan bahan-bahan lain seperti rokok biasa. Arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa.
•Penghisap shisha atau tembakau herba berisiko mengalami peningkatan kadarkarmon monoksida dalam badan. Ia disebabkan, dalam satu sesi menghisap shisha memiliki kecenderungan 4 hingga 5 kali lebih tinggi kandungan jarbon monoksida berbanding semasa menghisap rokok tembakau. Tingginya kadar karbon monoksida ini berpontesi menyebabkan kerosakan otak dan keadaaan tidak sedar.
•Perkongsian paip shisha mendedahkan pengguna kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit berjangkit biasa kita dengar tibi (batuk kering). Tidak hairanlah jika kes tibi di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
•Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyebut shisha berbahaya 400 kali ganda daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar yang kepekatannya tinggi berbanding rokok.
•WHO juga melaporkan, 17% kes penyakit batuk kering, dikaitkan dengan penggunaan shisha.

Hello~ You've stepped onto Theanimlovenda.
I'm Anim {19}. I'm the writer for this 'buruk' blog!

Allah SWT
Backstabber
GMKL always in my heart