Tips Keyakinan Diri #2
Tuesday, 7 May 2013

Tidak semua orang dilahirkan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Namun, tahukah anda sebenarnya keyakinan boleh dibina dan digilap? Apa caranya? Jom baca ni :)
Kenal pasti keistimewaan diri - Cuba peka dengan kemahiran yang kamu ada, kemudian katakan pada diri sendiri. Contohnya seperti "aku memang minat dan pandai memasak, jadi apa saja berkaitan dengan dapur, aku tahu". Jika kamu kerap melakukan seperti ini, lama kelamaan kmu mempunyai satu keberanian dan keyakinan terhadap diri kamu sendiri.
Pasang azam untuk kejayaan - Mula pasang azam untuk sesuatu kejayaan kerana keyakinan diri juga boleh dijana daripada sesuatu kejayaan selain memotivasikan diri.
Buat sesuatu yang kamu suka dan selesa - Bila kamu lakukan sesuatu atas dasar suka dan ikhlas, pasti kamu tidak akan teragak-agak dan secara tidak langsung pasti keyakinan itu akan muncul!
Sebut perkara positif - Elakkan daripada berkata sesuatu yang negatif atau mampu menjatuhkan emosi kamu. Cuba yakinkan diri dengan perkara yang positif seperti "aku tahu aku mesti boleh buat!"
Percaya pada diri sendiri - Pokok pangkalnya, walaupun kamu senaraikan 10 kebaikan dan kelebihan yang kamu ada tetapi jika kamu tidak mempercayai diri kamu sendiri tiada gunanya. Oleh itu, belajar mempercayai diri sendiri dan kemampuan yang kamu ada.

Hello~ You've stepped onto Theanimlovenda.
I'm Anim {19}. I'm the writer for this 'buruk' blog!

Allah SWT
Backstabber
GMKL always in my heart